comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Wednesday 18 April 2012

astaghfirullah..


Taubat itu menyenangkan kita sendiri dan yang pastinya akan meredakan Tuhannya.Jalanilah hidup kita  dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-2nya kita boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan  yang kita berikan ..
Sesungguhnya orang-2 yang bertaubat dan membersihkan diri amatlah disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benar bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:
“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)
Bertaubat bermakna membersihkan hati kita dengan air mata penyesalan dengan setulus2nya. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati, pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-2 yang bertaubat, modal bagi orang-2 yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.Petanda orang yang bertaubat ialah dia pasti tunduk, malah mudah sangat  tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya akan sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-2nya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-2 kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang  terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita? Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-2 pop terkini, daripada merayu-2 memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. jadi, marilah  sama-2 kita renungkan!
Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..
Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini kita mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan...:)

No comments:

Post a Comment