comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Tuesday 12 June 2012

Aku hanyalah hamba Allah yang lagi kerdil, yang sedang memijak d' bumi nyata ini.. Insyaallah:)

  Ya Allah! Perbaikilah agamaku dan baguskanlah ia, kerana itu merupakan penjagaan perkara dan persoalanku dan perbaikilah keduniaanku kerana itu adalah letaknya kehidupanku dan demikian jua baguskanlah akhiratku kerana ke situlah tempatku kembali nanti, jadikanlah penghidupan ini sebagai tambahan untukku dalam semua kebaikan dan jadikanlah kematian itu sebagai pelepas untukku dari semua kejahatan.Ya Allah! Ampunilah kesalahan-kesalahanku. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku samaada baik yang disengaja mahupun secara olok-olok, semua itu memanglah ada padaku.Ya Allah! ampunilah kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan dan yang hendak aku lakukan kelak, kerana aku hanyalah manusia biasa yang xlepas daripada membuat salah kepadamu..dan segalanya hanyalah  Engkau yang lebih mengetahui daripadaku.Sesungguhnya, Engkau yang mendahulukan dan Engkau pula yang mengakhirkan, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa ke atas segala sesuatu.Ya Allah! aku berlindung padaMU daripada susah dan duka, suka dan duka. Dan juga aku memohon perlindunganMU dari kelemahan dan kemalasan, dan dari sifat kedekut dan kelemahan badan serta usia lanjut(nyanyuk) dan juga seksa kubur.Ya Allah! jadikanlah hatiku bertaqwa kepadaMU dan sucikanlah, sesungguhnya Engkau sebaik-baik yang menyucikan dan Engkaulah pelindung yang mengurusnya. Ya Allah! aku berlindung padaMU dari ilmu yang tidak bermanfaat dan hati yang tiada khusuk dan dari hawa nafsu yang tiada pernah puas dan dari doa yang tiada dikabulkan. Ya Allah! aku melindungkan diriku padaMU kerana hanyalah engkau yang maha pelindung dari segalanya. Ya Allah! berilah aku ilham sebagai petunjuk bagiku dan lindungilah aku dari kejahatan diriku. Ya Allah! cukuplah segala sesuatu yang halalkan daripada sesuatu yang Engkau haramkan, juga kayakanlah diriku dengan pemberian dan keutamaan daripadaMU terhadap selainMU’ Ya Allah! aku mohon padaMU agar aku mempunyai rasa cinta padaMU dan mencintai orang yang mencintai padaMU, dan mencintai amal perbuatan yang dapat menyampaikan cinta padaMU. Ya Allah! jadikanlah rasa cinta padaMU lebih aku sukai daripada cintaku pada diriku dan keluargaku bahkan air sejuk yang nikmat. Ya Allah! aku mohon padaMU akan petunjuk, rasa taqwa, ampunan serta rasa kaya diri ini. Ya Allah! Engkaulah Zat Yang Maha Hidup lagi berdiri sendiri, dengan rahmatMU aku mohon pertolongan, memohon supaya engkau perbaikilah segala persoalanku dan jangan hendaknya Engkau serahkan diriku dan segala sesuatu kepada diriku sendiri walau sekelip mata sekalipun. Ya Allah! aku mohon daripadaMU redha setelah takdirMU, dan aku mohon daripadaMU kesejukan hidup setelah kematian, dan aku mohon setelah kelazatan memandang wajahMU dan kerinduan untuk menjumpaiMU tanpa gangguan yang mengganggu dan tidak pula fitnah yang menyesatkan. Ya Allah! aku berlindung kepadaMU daripada aku berbuat zalim atau dizalimi, atau aku mengganggu orang atau aku diganggu atau aku berbuat dosa yang tidak terampun. Ya Allah! berilah aku petunjuk untuk melakukan amal yang baik dan perangai yang baik, sesungguhnya tiada yang dapat memberi petunjuk kepada perangai yang baik kecuali Engkau, dan lindungilah aku dari amal-amal yang buruk dan budi-pekerti yang jahat, kerana sesungguhnya tiada yang dapat melindungi selain Engkau.

-kita sebagai umat islam yang lagi banyak kekurangan ini.sentiasalah kita berdoa kepadanya..semoga kita sentiasalah berpijak di bumi yang nyata ini dan semoga kita semua dirahmati olehnya serta mendapat keredhaannya..insyaallah..:)

#Aamin Yarabbul Allamin … Taqabbalallahu Minna Wa Minkum … Minna Wa Minkum, Taqabbal ya Karim..:)

Tuesday 1 May 2012

sahaja berpuitis


Ketika kita tidur malam nanti, belum tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, belum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari.







Saturday 21 April 2012

kasih sayang i2 sesuatu yang pasti bila ada yg bertemu d'hati, kasih sayang i2 sesuatu yg suci bila hati menyayangi kerana ilahi.. kasih sayang i2 sesuatu yg menyinari bola iman dan taqwa bersulam d'hati.. dan.. kasih sayang i2 adalah sesuatu yg mekar mewangi apabila dirimu d'sana diredhai yg kekal abadi..:)
-cinta seperti main sorok-2-
yelah cinta ni kadang-2 diibaratkan seperti kita sedang main nyorok-2 kan..kita tahu ada orang nyorok tapi kita xtahu dekat mana orang 2 menyorok..tapi yang pasti dia ada..kita pun mencari-2..ada yang jumpa dan ada yng xjumpa..tapi jangan bimbang..bila orang 2 dah penat menyorok,akan tiba masanya dia memunculkan dirinya sendiri..begitulah cinta..sama ada kita cari ataw tidak, ia tetap ada dan kita akan tetap melaluinya..sama ada cepat atau lambat jee kan..:)
-renungilah kejadilah seperti pohon semalu-
renungilah keajaiban ciptaan c-pohon semalu bersama sifat malunya..di pokok 2 pasti ada duri yang tajam berselerakan kan ..tapi dalam ada duri itulah yang  diibaratkan simbolik untuk ketegasan sebuah prinsip yang tumbuh kerana baja iman. duri itu ibarat senjata yang mampu mempertahankan dirinya ketika berhadapan dengan gelombang ujian. jadi, contohilah pohon semalu , hapuskan duri-2 pertahanan terhadap godaan. ketegasan sesebuah prinsip itulah diri kita dan berazamlah untuk  menghiasi alam ini dengan haruman bunga-2 akhlak yang indah menawan..

#ehem-2..
suma ni sy just nak share jaa kata-2 biasa ni naa..kan sharing is caring..hehehe..

Wednesday 18 April 2012

astaghfirullah..


Taubat itu menyenangkan kita sendiri dan yang pastinya akan meredakan Tuhannya.Jalanilah hidup kita  dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-2nya kita boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan  yang kita berikan ..
Sesungguhnya orang-2 yang bertaubat dan membersihkan diri amatlah disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benar bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:
“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)
Bertaubat bermakna membersihkan hati kita dengan air mata penyesalan dengan setulus2nya. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati, pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-2 yang bertaubat, modal bagi orang-2 yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.Petanda orang yang bertaubat ialah dia pasti tunduk, malah mudah sangat  tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya akan sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-2nya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-2 kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang  terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita? Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-2 pop terkini, daripada merayu-2 memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. jadi, marilah  sama-2 kita renungkan!
Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..
Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini kita mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan...:)

Wednesday 11 April 2012

tanda-2 seseorang 2 mendapat hidayah:)



#Sebab-Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:



1)Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2)Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3)Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4)Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.

5)Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6)Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

7)Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8)Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9)Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.

10)Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

Rungkaian


petanda apakah yang membuat kan diri ku dalam kebingungan

?

persoalan apakah yang harus aku jawab


perlu kah kita mengikut kata hati?
adakah kata hati itu adalah satu keputusan yang betul?

apa kah pandangan korang suma

kata hati adalah betul
or
kata hati buat diri ku mati

pepatah ada mengatakan

ikut hati mati
ikut rasa binasa

hmmmmm
mencari pada NYA
segala yang terpendam untuk di zahirkan

p/s: kadang kala titisan airmata dapat menyuci kan mata kita yang di hinggapi habuk or sebagainya

Monday 9 April 2012

sENYUM iTU sEDEKAh


Bolehkah kita SENYUM ketika kita mengalirkan airmata?
Bolehkah kita SENYUM ketika kita susah hati?
Bolehkah kita SENYUM ketika kita sedang bermuram?


SENYUMlah selagi kita boleh terSENYUM...
SENYUM itu satu sedekah...
Susahkah nak lemparkan SENYUMan?
SENYUMlah....kerana dengan SENYUMan akan membuat kita rasa bahagia..


Adakala mampu mengukir senyuman dari pagi hingga ke  petang..adakala...susah nak lemparkan senyuman jugak...