comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Monday, 2 April 2012

Tolong KAMI Bantu KAMI...



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri....

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

"Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya......
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya.... 

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa....Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna...Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya ,"Orang yang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang yang berjuang melawan hawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan sehingga taat kepada Allah subhanahu wata'ala."

Firman Allah S.W.T Maksudnya , "Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka al-Qur'an yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka al-Qur'an yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya." Surah Al-Mu'minuun Ayat 71

Tuesday, 13 March 2012

-kisah cinta seorang lelaki-



“Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang
meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinyasendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.

kini kau milik orang lain-cerita tentang luahan hati seorang lelaki



Kini kau milik orang lain,
airmata kelelakianku gugur biarpun  ditahan. aku kecundang lantaran noktah cinta yang terbina putus di tengah jalan jua..

di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu..




                           


Sayangku,

Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit yang mungkin  kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu.

Lantaran kesungguhanku untukmu, pelbagai persediaan awal telah kubuat, duit hantaran kita dan cincin pertunangan. Kusimpan berdikit biarpun aku hanya membuat kerja kampung.

Aku sedar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian. Alamat yang diberikan padaku oleh kawan kita salah. Harapkan penyokong, penyokong membawa rebah. Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan lain.

Setelah bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa kau sudah bertunang. Kau akan
berdampingan dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebak apabila melihat wang dan cincin itu.

Juitaku,
Perempuan tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisanku  gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah
penantianku dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina seabad lama, dilupa seminit sahaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku. Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu.

Aku menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.

Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan dipersiakan.

Bulan Oktober kau akan diijabkabulkan. Sukar untuk kuterima peristiwa manismu. Dalam luluh hati dan ketidakredaan terpaksa kulafazkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Jangan dikenang saat manis antara kita demi kebahagiaan rumah tanggamu kerana kutahu kau adalah gadis baik.

Mungkin hati ini akan terubat. Mungkin sebulan, setahun, sepuluh tahun aku akan dapat melupakanmu. Dan yang nyata tragedi Oktober akan kuingat sampai mati. 

Tuesday, 6 March 2012

-dalam pahit pasti ada manisnya-



0kay..jikalau mengikut arus kehidupan.. setiap hari pasti akan ada  berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain..betul kan?hmm..disebabkan daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh memilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau itu. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. kita sebagai seorang manusia kita  adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. tetapi ramai di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byk lagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadap sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya..

Friday, 2 March 2012

-kebahagiaan yang selamanya berpanjangan-



'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. dalam hal ini...Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita,?? adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia..yaaa pasti ada..
hemm..Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak juga terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?
Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baikpun dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja''Mendapatkan Redha Allah SWT''

Thursday, 1 March 2012

-aisya humaira-

Kumpulan Nasyid U.N.I.C. merupakan sebuah kumpulan pemusik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.

ini adalah diantara Group Nasheed U.N.I.C. dorang nie mempunyai anggota sebanyak 4 orang yang kesemuanya adalah laki-laki. beberapa anggotanya adalah :

(Wanshah) Wan Sharifuddin bin Wan Hassan
(Apen,Fendi) Mohd Afendi bin Haji Jahri
(Bazli) Bazli Hazwan bin Che Osman
(Fitri, Pit) Mohamad Fitri bin Mohamad Haris
U.N.I.C ini Bernaung di bawah Hijjaz Music Entertainment


siyeslyyy best sangat-2 lagu nie...tenang jerr mendengarnya...sedap jee suara penyanyi..walaupun lagu nasyid..tapi..tetap best..sapa cakap lagu nasyid xbest??e'ee dengar dlu nanty pasty korang akan dengar berulang-2 kali kan..:)




Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin kubicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-muqatsirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Tetapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah mempersia-sia
Ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh mehna ujian

Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati
Yang memangku nabi
Saat hujung nyawakan pergi

Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu

Sunday, 26 February 2012

tentang perasaanku

terasa,tersentap,terkilan,meluat..errr...correct!!memang ada rasa macam 2 pn..hmmm..tengok laaa kalo dah boleh enjoy..lupa habeh suma orang xkira orang yang dye syg keee...mmm ntahlaaa..malas lah kalo macam nie..sedih sangat-2..terkadang 2 rasa menyesal pn ada..adehh,sedih laa..rasa macam dri nie xpnting jaa..tengok laa bla dah habis enjoy sume,tawu2 jaa kata orang mjuk,dan-2 jaa kol..habis enjoy baru nak cari kte..e'eee...apa nie..knp xkol ms tngah enjoy jee..nampak sangat laa kan..dye xtawu kot yang kte nie..pnya laa tggu mcj dyee...bole dya biar mcam 2 jaa.huh!macam ni memang terasa sangat-2 laa.. benci laa kalo macam ni jaa saluw..xpnah terpkir kee perasaan orang lain emm??xpelaa..''izinkan diriku meluahkan rasa,maafkanlah aku andai kau terasa,biar kupaparkan apa yang terjadi moga engkau xulangi''
please laa tlong laa hargai..xkan bila orang dah xda nanty baru nak sedar kot..bla dah pergi baru nak menyesal kot..adehh..nie bla  orang dah d'depan mata'd'cc 2..jaga laa lelok..jangan nak sakiti ati nie jee..xbest laa kalo macam nie..orang balik kat dyee sbb orang still cintakan dyee..nak dyee brubah dmi relationship nie..tptptp...i dont know laa apa yang berubah tataw..blaa orang dah cintakan dyee sygkan dyee xbermakna dyee bole wat sesuka aty jee tnpa pk perasaan nie,dri nie....sampai bla nak macam 2..dye kna laa berusaha sama..sbb 2 terkadang rasa macam malas jaa nak layan..kalo dah wat macam 2..pepaham amik laa knapa orang buat macam 2..renung-2kanla...msty ada smthng wrong kan..bla dah dapat aty ni nak wat penting xpnting jaa...bla dah xdaa mla laaa baru nak pulun-2..menyesal lah sumaa..ambik laa sbgai pngajaran sama..hmmm yeaala..i know..orang pn terkadang macam dyee jugak..sama-2 laaa kita perbaiki..:'(
kalau dyee rasa 2 yang terbaik nak wat macam mana kan,..xpee orang redhaa jaa...sbb cinta xmesty memiliki..kan kan kan...kita dah berusahaa ...hmmm...

#saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring,saat tiada lagi waktu buat kita berkongsi cerita girang,cukup saja ku merapatkan jari jemariku ..menangkupkannya ..lalu mendoakan dirimu..dengan cara itu aku memohon ,memohon agar dia selalu menjagamu..:)