comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Saturday, 21 April 2012

kasih sayang i2 sesuatu yang pasti bila ada yg bertemu d'hati, kasih sayang i2 sesuatu yg suci bila hati menyayangi kerana ilahi.. kasih sayang i2 sesuatu yg menyinari bola iman dan taqwa bersulam d'hati.. dan.. kasih sayang i2 adalah sesuatu yg mekar mewangi apabila dirimu d'sana diredhai yg kekal abadi..:)
-cinta seperti main sorok-2-
yelah cinta ni kadang-2 diibaratkan seperti kita sedang main nyorok-2 kan..kita tahu ada orang nyorok tapi kita xtahu dekat mana orang 2 menyorok..tapi yang pasti dia ada..kita pun mencari-2..ada yang jumpa dan ada yng xjumpa..tapi jangan bimbang..bila orang 2 dah penat menyorok,akan tiba masanya dia memunculkan dirinya sendiri..begitulah cinta..sama ada kita cari ataw tidak, ia tetap ada dan kita akan tetap melaluinya..sama ada cepat atau lambat jee kan..:)
-renungilah kejadilah seperti pohon semalu-
renungilah keajaiban ciptaan c-pohon semalu bersama sifat malunya..di pokok 2 pasti ada duri yang tajam berselerakan kan ..tapi dalam ada duri itulah yang  diibaratkan simbolik untuk ketegasan sebuah prinsip yang tumbuh kerana baja iman. duri itu ibarat senjata yang mampu mempertahankan dirinya ketika berhadapan dengan gelombang ujian. jadi, contohilah pohon semalu , hapuskan duri-2 pertahanan terhadap godaan. ketegasan sesebuah prinsip itulah diri kita dan berazamlah untuk  menghiasi alam ini dengan haruman bunga-2 akhlak yang indah menawan..

#ehem-2..
suma ni sy just nak share jaa kata-2 biasa ni naa..kan sharing is caring..hehehe..

Wednesday, 18 April 2012

astaghfirullah..


Taubat itu menyenangkan kita sendiri dan yang pastinya akan meredakan Tuhannya.Jalanilah hidup kita  dengan gembira kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-2nya kita boleh menjadikan hidup ini indah dengan kebaikan  yang kita berikan ..
Sesungguhnya orang-2 yang bertaubat dan membersihkan diri amatlah disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benar bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:
“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah An-Nur:31)
Bertaubat bermakna membersihkan hati kita dengan air mata penyesalan dengan setulus2nya. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan hati, pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang ditempuhi oleh orang-2 yang bertaubat, modal bagi orang-2 yang berjaya, langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki gerbang-Nya.Petanda orang yang bertaubat ialah dia pasti tunduk, malah mudah sangat  tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya akan sentiasa menghadap Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan kulitnya merinding kerana ketakutan.Jika ia mengingat dosa dan kesalahan-2nya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat melalui titian dengan selamat.Cuba kita lihat kembali diri kita hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-2 kita tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang  terang mahupun yang tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita? Istighfar kita pula bagaimana? Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70 kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-2 pop terkini, daripada merayu-2 memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. jadi, marilah  sama-2 kita renungkan!
Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..
Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini kita mengalami hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan...:)

Wednesday, 11 April 2012

tanda-2 seseorang 2 mendapat hidayah:)



#Sebab-Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:



1)Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2)Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3)Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4)Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.

5)Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6)Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

7)Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8)Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9)Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.

10)Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

Rungkaian


petanda apakah yang membuat kan diri ku dalam kebingungan

?

persoalan apakah yang harus aku jawab


perlu kah kita mengikut kata hati?
adakah kata hati itu adalah satu keputusan yang betul?

apa kah pandangan korang suma

kata hati adalah betul
or
kata hati buat diri ku mati

pepatah ada mengatakan

ikut hati mati
ikut rasa binasa

hmmmmm
mencari pada NYA
segala yang terpendam untuk di zahirkan

p/s: kadang kala titisan airmata dapat menyuci kan mata kita yang di hinggapi habuk or sebagainya

Monday, 9 April 2012

sENYUM iTU sEDEKAh


Bolehkah kita SENYUM ketika kita mengalirkan airmata?
Bolehkah kita SENYUM ketika kita susah hati?
Bolehkah kita SENYUM ketika kita sedang bermuram?


SENYUMlah selagi kita boleh terSENYUM...
SENYUM itu satu sedekah...
Susahkah nak lemparkan SENYUMan?
SENYUMlah....kerana dengan SENYUMan akan membuat kita rasa bahagia..


Adakala mampu mengukir senyuman dari pagi hingga ke  petang..adakala...susah nak lemparkan senyuman jugak...

Sunday, 8 April 2012









Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. kalau kita sayang orang tu, cinta orang 2 sangat-2 pun, kalau dia bukan jodoh kita & kita tak ditakdirkn untuk bersama dia, kita takkan bersama dengan dia juga. cintailah & sayangilah orang 2 bersederhana, jangan bagi seluruh hati perasaan tu kat orang 2, kerana kita tak tahu masa depan kita macam mana. sayang & cintalah orang yang sayang & cinta kat kita, jangan kita je lebih-lebih terhegeh-2 kat dia. hargailah orang yang sayang kita, cinta kita, jaga kita.. jangan paksa orang sayang & cinta kita, biar dia sayang & cinta kita sebab dia sendiri yang nak.. kalau dia tinggalkan kita & tak sayang kita lagi, lepaskan dia ja, jangan merayu-2 supaya dia kembali pada kita, jangan mempertahankan sesuatu yang bukan milik kita..:) Memang sakit & perit bila terputus di tengah jalan. Nak capai kebahagiaan bukan senang. Allah akan uji macam-macam pada setiap perhubungan tu. Kalau Allah tak uji masa tu, maybe Allah akan uji selepas itu kan..

Dosa Semalam



Ya Allah. Aku pasrah. Aku redha. Di saat aku rebah, ibuku,sahabat ,serta saudara terdekat menasihatiku agar bangun, bertaubat, kembali padaNya. Hanya itu yang mampu menenangkan jiwa aku. pada 1 malam Aku bangun, aku berwudhuk. Aku mulakan solat. Selesai solat, aku berdoa. Aku menangis. Ya Allah, apakah ujian yang Kau berikan ini? Aku tak sanggup nak laluinya lagi. YA allah, aku malu. Sesungguhnya aku teramat malu untuk menghadapMu kerana Aku abaikan suruhanMu.  Ya Allah, aku redha dengan ketentuan yang diberikan. Aku menangis. Lagi dan lagi. Malunya aku. Allah juga yang aku cari. dikala aku sangat memerlukan-Nya Dia yang setia bersamaku..Kenapa dulu aku sanggup tinggalkan Allah? Ya Allah.. Di saat aku mula membaca al-quran kembali, menitis air mataku. Aku masih mampu membacanya. Sedangkan sudah sekian lama aku tinggalkan semua tu. Ya Allah, terima kasih kerana Kau tidak menutup pintu hatiku untuk bertaubat. Aku bersyukur sangat.  Ya Allah aku bersyukur, kerana ramai  yang menasihatiku, ramai yang sentiasa bersamaku. Keluarga dan kawan-kawan tidak putus-putus memberi semangat, nasihat dan sokongan. Kata mereka, Anggaplah ini sebagai dugaan yang telah membuka pintu hatiku untuk bertaubat.  Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk aku mencurahkan perasaan ini kepadaMu. Semoga taubatku diterima olehMu Ya Allah.Ingatlah kawan-kawan, cinta yang tidak halal tidak akan pernah bahagia walaupun sekuat mana kita pertahankan, selama mana kita bersama. Yang bahagia, cinta selepas kahwin. Cinta yang halal. Cinta yang penuh keberkatan. Aku sudah merasai betapa pahitnya perpisahan.

Tapi aku yakin, Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untukku. Aku hanya mampu berserah. Dosa semalam telah mengingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah.. Aku pasrah…