comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Sunday 8 April 2012

Dosa Semalam



Ya Allah. Aku pasrah. Aku redha. Di saat aku rebah, ibuku,sahabat ,serta saudara terdekat menasihatiku agar bangun, bertaubat, kembali padaNya. Hanya itu yang mampu menenangkan jiwa aku. pada 1 malam Aku bangun, aku berwudhuk. Aku mulakan solat. Selesai solat, aku berdoa. Aku menangis. Ya Allah, apakah ujian yang Kau berikan ini? Aku tak sanggup nak laluinya lagi. YA allah, aku malu. Sesungguhnya aku teramat malu untuk menghadapMu kerana Aku abaikan suruhanMu.  Ya Allah, aku redha dengan ketentuan yang diberikan. Aku menangis. Lagi dan lagi. Malunya aku. Allah juga yang aku cari. dikala aku sangat memerlukan-Nya Dia yang setia bersamaku..Kenapa dulu aku sanggup tinggalkan Allah? Ya Allah.. Di saat aku mula membaca al-quran kembali, menitis air mataku. Aku masih mampu membacanya. Sedangkan sudah sekian lama aku tinggalkan semua tu. Ya Allah, terima kasih kerana Kau tidak menutup pintu hatiku untuk bertaubat. Aku bersyukur sangat.  Ya Allah aku bersyukur, kerana ramai  yang menasihatiku, ramai yang sentiasa bersamaku. Keluarga dan kawan-kawan tidak putus-putus memberi semangat, nasihat dan sokongan. Kata mereka, Anggaplah ini sebagai dugaan yang telah membuka pintu hatiku untuk bertaubat.  Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk aku mencurahkan perasaan ini kepadaMu. Semoga taubatku diterima olehMu Ya Allah.Ingatlah kawan-kawan, cinta yang tidak halal tidak akan pernah bahagia walaupun sekuat mana kita pertahankan, selama mana kita bersama. Yang bahagia, cinta selepas kahwin. Cinta yang halal. Cinta yang penuh keberkatan. Aku sudah merasai betapa pahitnya perpisahan.

Tapi aku yakin, Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untukku. Aku hanya mampu berserah. Dosa semalam telah mengingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah.. Aku pasrah…

No comments:

Post a Comment