comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Sunday, 8 April 2012

Beza Awak Dan Dhia

Tengah Malam yang sejuk ni (hakikatnya aku berasa panas), terasa ingin menulis sesuatu buat tatapan diri sendiri, buat bacaan para pembaca, specifically buat orang yang inginku tujukan. Tak best lah kalau buat entry tak tuju pada sesiapa kan. Haha.Siapa awak, siapa dia ? habis siapa saya nak membeza-bezakan awak dengan dia ? macam baguslah saya ni kan nak beza-2kan orang, nak judge orang ikut suka hati. Tapi bukan 2 niat saya sebenarnya. Cuma sekadar nak meluahkan apa yang terpendam dalam hati ni. hehe bicara hati seorang wanita tentang lelaki. tak habis-2 dan takkan habis selagi ?

Beza awak dan dia ? erm..

Awak : suka marah-marah saya. Silap cakap sikit terus melenting.

Dia : tak marah saya, sebaliknya menasihati dengan cara yang baik.

Awak : kita selalu berselisih faham. Macam takda persefahaman langsung antara kita. Masing-2 rasa diri ni betul, masing-2 rasa hebat, masing-2 rasa sempurna.

Dia : bukan saya tak pernah berselisih faham dengan dia. Pernah, lagi-2 bila sy menceritakan pasal kisah silam saya. Saya sangat sensitive tentang hal ini. Tapi be professional lah kan. Masing-masing mengaku salah & lepas tu act like nothing happened.

Awak : bila busy, penat dgan mgc, terus tak pedulikan saya. Ikut suka hati awak, mood awak nak SMS ke tak. Paling tak pun awak akan kata “penat laa ,letih laa jum, nak tidur dulu”.

Dia : dia busy stdy or what, penat macam mana pun, dia tak mengeluh pun dia penat. Dia contact juga walaupun kejap, cakap elok-2 juga.

Awak : saya ada presentation ke, awak biasa je tak Tanya pape. Ok fine, saya tahu awak jenis tak banyak Tanya & tak banyak cakap. 

Dia : busy macam mana pun, dia still ingat bila saya exam. At least dia SMS bagi kata-kata semangat, sentiasa doakan saya.

Awak : kalau saya tension, awak makin marah saya. Awak makin tambah tekanan kat saya. Bukan nak pujuk cakap elok-2. Awak tuduh lagi saya ni macam-2, saya main-2. Dengan awak, saya lebih banyak memendam.

Dia : Dia menenangkan saya. Pasal study, dia naikkan mood untuk study. Ingatkan saya supaya study. Sudi, sabar dengar luahan saya. Dengan dia, saya macam open untuk luahkan apa yang saya rasa.

Awak : fikir perasaan awak je, fikir rindu awak je. tapi bila saya rindu ?

Dia : erm..dot.dot.dot...

Awak complaint saya tak layan awak elok-2, awak kata orang lain lagi layan awak elok-elok. Saya complaint awak pun tak layan saya elok-2, orang lain lagi layan saya elok-2. Sebenarnya kita sama-2 tak cuba baiki cara masing-2. Ego kan. Biasalah.

Beza awak dengan dia. Memang macam langit dengan bumi.

Awak siapa pada saya ? dia siapa pada saya ? awak lagi tinggi di hati saya, tapi ini yang saya dapat dari awak. Awak tak bersyukur kedudukan tempat awak kat hati saya ni.Kita adil. Saya pernah tinggalkan awak, awak pun pernah tinggalkan saya. Tapi saya buang ego saya, kembali kpada awak  balik & terima segala apa yang awak pernah lukakan hati saya, buat saya macam orang bodoh. awak tahu saya banyak sabar.  malah awak tak hargai pengorbanan & kesabaran saya, Kadang-2 ada masa tertentu, saya penat macam mana pun, saya sabar layan kerenah awak, teman saya.. Tapi itu je tak cukup. Awak nak saya faham awak, nak saya faham kerjaya awak. Tapi awak tak faham apa saya nak kan...cuba awak pkir balik,adil tak???

Di sini kita bertemu. Saya, Dia & Awak

Dah berkali-kali saya minta awak buat keputusan, tolong tinggalkan saya, lepaskan saya, jauhi saya. Tapi awak akan melenting bila saya cakap macam ni. saya keliru. Saya ni siapa sebenarnya ? awak layan saya macam ni tapi dalam masa yang sama awak tak nak lepaskan saya. Bila saya dah jauh, baru awak betul-2 pujuk balik. Saya rasa, saya yang perlu buat keputusan. Maybe sebab selama ni saya hormat awak sebagai seorang lelaki. Rasanya dah cukup kot tempoh 3 tahun bersama awak. Cukup. Saya pun tak berapa nak menyangka ini akan terjadi. Jangan salahkan saya jika hati ni berubah. Hati.. bukan senang nak beralih arah. tapi kali ini… ahh sukarnya untuk buat keputusan. tetapi saya terpaksa..Keputusan yang menghimpit saya. Nightmare. Dalam dilemma. Takut untuk buat keputusan, tak berani untuk lepaskan sesuatu yang berharga..walau apa pun,saya tetap kna bagi keputusan kat awak,dan mulai saat ini saya lepaskan awak..maybe kita dah xsehaluan or xda jodoh,lagipun dah seringkali kita cuba perbaiki perhubungan ini tetapi still xboleh ..apa pun kalau itu yang terbaik saya rela  dan saya akan senantiasa mendoakan kebahagiaan awak..

Dan lagu sudah cukup sudah.. untuk awak… maafkan saya..


Lirik Lagu Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu


Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu


Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta



Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu


Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu


Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta


Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

No comments:

Post a Comment