comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Sunday 8 April 2012

The gift from Allah



Assalammualaikum...
Awak...
Dulu hati ini pernah terisi, saya sempat merasai kebahgiaan itu..tapi sesaat..
Lepas tu saya hilang arah..saya buntu,saya sunyi...saya keseorangan...
Tapi saya redha,saya tahu apa yang kita impikan tak semuanya kita dapat..
Awak...
Ketika hati ini sering menangis dan sedih,saya bisikkan kata-kata ini pada Allah,
Kuatkan hati saya untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan-Nya,
Semoga saya menjadi seorang gadis yang kuat...
Tak mudah mengalah walau apa pon halangan..
Awak...
Allah tu maha adil, memang betul Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...
Saya mula yakin bila Allah hadiahkan awak untuk menemani perjuangan saya..
Awak sangat berbeza dan tak mungkin sama dengan yang lain...
Awak,
Andai memang telah ditakdirkan awak adalah jodoh saya,
Bimbinglah saya kalau saya tersasar,
Nasihatkanlah saya jika degil,
Berleterlah jika saya malas walau saya selalu cakap awak macam "PEREMPUAN SBB SUKA BERLETER"..
Tolong jangan sesekali putus asa dengan saya..
Bantulah saya hingga ke Surga Allah..walau saya tak layak..
Awak,
Walau bukan yang pertama dalam hidup saya,
Saya harap awak adalah yang terakhir...
Yang akan menerajui kebahgiaan masa depan kita nanti..
Awak,
Tolong percaya pada saya,
Kunci saya dah bagi,terpulang pada awak bagaimana cara untuk membukanya,
Dalam perhubungan,sila jaga saya baik-baik,
"TOLONG jangan ambil apa yang bukan milik awak lagi"..
Percayalah jika kita menjaga hak orang,Allah akan jaga hak kita...
Dan tolong ingatkan saya juga jika saya terlupa...
Awak...
Biarlah kita sering berjauhan ataupun dekat...
Jika rasa rindu dan sayang luahkan pada Allah,
Dia maha mendengar...
Semoga luahan hati dan doa kita dimakbulkan...
Dan moga kita menjadi pasangan yang bahagia hingga akhir hayat...
Awak..
Jika ditakdirkan awak bukan jodoh saya...
Saya tak mungkin akan lupakan insan seperti awak..
Dan saya tahu awak akan redha atas segalanya..
Dan jangan sesekali toleh belakang lagi..
Sebab semua tu dah terlepas...
Bina hidup baru...awak pasti gembira..
Insyaallah...
*Untuk insan yang telah hadir dalam hidup saya...Tak taulah awk baca tak blog nih..Kalau terbaca ianya saya tulis khas untuk awak...Semoga apa yang kita ada hari ni ia semakin bertambah,jika terkurang...memang setiap insan tak sempurna...(-_-)

No comments:

Post a Comment