comel comel sume

http://www.dreambingo.co.uk/

Sunday 8 April 2012

sayangilah seadanya



Cinta tak semestinya bersama. Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ? Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita. Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan.. Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita.. Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita. Bagi saya, saya menyayangi semua orang, saya sayang kawan-kawan saya, sayang orang yang baik dengan saya. Tapi sayang tak bermakna cinta. Cinta hanya satu, tak mudah untuk jatuh cinta walaupun mudah untuk menyayangi. Sebab bagi saya, cinta tu terlalu tinggi nilainya. Cinta tak boleh di paksa, tak boleh buat-buat cinta, tak boleh di jual beli, tak boleh cari di mana-mana. Ia hadir sendiri tanpa di rancang. Ramai orang keliru dengan cinta, sayang dan suka. Cinta adalah untuk hidup bersama dengannya selama-lamanya, tapi sayang dan suka cukuplah untuk menemani kita sahaja.,Cinta tak harus memiliki. Benar. Walaupun kita cintakan dia, mengimpikan untuk hidup bersama dengannya, tapi tak semestinya impian kita tu akan tercapai. Dalam perjalanan untuk hidup bersamanya, maybe kita akan terjatuh, tergelincir sekaligus impian untuk hidup bersamanya tu hancur. Jangan biarkan kehancuran cinta tu menyebabkan kita menghancurkan tanggungjawab diri kita yang lain. Bangkit semula dan terima hakikat. Sebab itulah, berikan cinta kasih dan sayang kepada orang lain dengan bersederhana, sekadar secukup rasa. Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya. Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar. Suka yang jenis gentleman, cool, relax je. Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas, kita tetap sabar dengan dia, kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga. Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia. Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia. Cinta tu ada jarak masa ke ? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Macam saya pernah cakap dalam entry sebelum ni. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takda jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya. Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan. sy sendiri pun nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura. Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal. Indah kan.. Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak. Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..

No comments:

Post a Comment